SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor menafikan mengeluarkan surat atau kenyataan mendesak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.
Artikel berkaitan: ‘Rakyat berhak dapat kerajaan yang lebih baik’ – Asyraf Wajdi
UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan. Katanya, UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara itu.
“Berita palsu seumpama ini mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan UMNO Selangor serta Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Selangor akan datang,” kata kenyataan itu.
Katanya, Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited mengukuhkan kestabilan politik tanah air dan menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, justeru akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – BERITA HARIAN.