comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO Perlu formula baharu, kembali kuat tadbir negara

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEPANG: UMNO perlu mencari formula baharu dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk pertambahan pengundi muda di masa hadapan.

Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Umno terus kekal relevan bukan sahaja dalam kalangan pengundi veteran, malah untuk segenap lapisan masyarakat.

“Sekarang ini tiap-tiap tahun akan keluar pengundi-pengundi yang lepas SPM Ini semua akan jadi pengundi. Kita nak pastikan bahawa Umno ni sentiasa relevan bukan sahaja untuk golongan veteran tetapi juga untuk generasi-generasi baru yang akan datang ni.

“Dan perjuangan ini akan diteruskan untuk memastikan bagaimana kita boleh kuatkan balik Umno ini, dan kita dapat menyumbang kepada pembangunanan negara,” katanya.

Beliau terdahulu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Tambahnya, Umno yang mempunyai pengalaman 60 tahun dalam menerajui pentadbiran negara mampu melakukan banyak perkara tanpa membebankan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Umno perlu melakukan penyesuaian dalam senario semasa politik negara bagi memperkuat kembali kedudukan parti itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini