Tumpuan :
Politik

UMNO perkukuh kerjasama dengan komponen PH

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: UMNO akan memperkukuh dan memperkasakan hubungan kerjasama dengan rakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui kerajaan perpaduan.

Ia sebagaimana ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 23 November 2022 dan diabsahkan di Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Jun lalu.

“Dalam perjanjian tersebut kita tetapkan dengan jelas syarat-syarat, kita bersetuju untuk bersama dalam kerajaan perpaduan selagi mana empat perkara penting jangan sesekali disentuh”

“Itulah persetujuan bersama yang ditandatangani parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuklah parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan” jelas Asyraf pada sidang media selepas Mesyuarat MKT di Menara Dato Onn.

Dalam pada itu, menurut Asyraf lagi, tiada perbincangan membabitkan Ahli MKT Isham Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis pada mesyuarat malam ini.

Beliau menjelaskan Isham sendiri tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan dan tiada apa-apa isu dibangkitkan termasuk berkaitan UMNO perlu bergerak solo dalam pilihan raya.

Loading...
Terkini