comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO akan terus kekal pertahan Islam, Melayu – Asyraf Wajdi

FOTO: Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ Facebook

KUALA LUMPUR: UMNO akan terus kekal dengan prinsip perjuangan yang menjadi asas penubuhannya iaitu mempertahan agama Islam dan Melayu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, walaupun mengekalkan perjuangan itu, parti itu tidak menafikan hakikat kepelbagaian dalam kalangan rakyat negara ini.

“UMNO akan terus kekal mempertahankan prinsip perjuangan khususnya berkenaan kedudukan Islam dan Melayu sebagai ‘main custodian’ keindukan Islam-Melayu-Bumiputera dalam realiti kemajmukan Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Malah sifat UMNO dari dahulu yang memperjuangkan Islam berteraskan kesederhanaan amat bertepatan dengan konsep pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani yang progresif, inklusif dan ‘centrist’,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Asyraf Wajdi ketika mengadakan pertemuan dengan jentera UMNO Bahagian Bentong semalam. – FOTO: Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ Facebook

Dalam kenyataan itu, beliau turut berkongsi pertemuannya bersama 370 petugas jentera UMNO Bentong yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri, Ketua-ketua Cawangan dan jawatankuasa cawangan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik semalam.

Pertemuan itu sebagai sesi perkongsian menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan bermula pada 23 September ini.

“DUN Pelangai adalah DUN di bawah Parlimen Bentong. Persiapan jentera pilihan raya ini penting bagi memastikan Barisan Nasional terus mempertahankan DUN Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil nanti.

“Sesi dialog juga diadakan bertujuan memberi pencerahan kepada ahli-ahli akar umbi mengenai pelbagai isu rakyat serta menjawab permainan sentimen yang sering dimainkan pembangkang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Loading...
Terkini