Tumpuan :
Politik

Tok Mat tegur SPR proses undi awal perlahan

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kelemahan mengendalikan proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung mulai jam 8 pagi tadi.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Rembau berkata proses pengundian sangat perlahan terutamanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau yang menyebabkan ada dalam kalangan petugas keselamatan itu terpaksa menunggu selama sejam.

“Saya lihat sampai satu jam mereka berdiri menunggu giliran untuk masuk …sedangkan ada dua peti di sini,”

“Tapi satu peti undi dibuka hanya untuk 13 sahaja yang merupakan pengundi kawasan Kota dan IPD ni ada ramai iaitu 300 pengundi jadi kena perbetulkan balik proses itu,”

“Jangan tunggu sampai seorang pengundi keluar baru seorang boleh masuk.. tambah dia punya kelajuan dan memendekkan masa kalau tak pengundi marah tunggu lama,”katanya kata pemberita ketika melakukan lawatan di Pusat pengundian awal IPD Rembau pagi tadi.

Beliau tiba pada jam 10.15 pagi tadi dan seterusnya akan melakukan tinjauan di Pangkalan Udara Sendayan.

Selain Mohamad, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah calon terawal yang hadir melihat proses pengundian awal di IPD Rembau.

Beliau hadir pada jam 8.15 pagi, diikuti calon PH yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha yang hadir jam 8.25 pagi.

Loading...
Terkini