Tumpuan :
Politik

Tok Mat berdepan 5 penjuru di Rembau

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di Parlimen P.131 Rembau.

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berdepan pertembungan lima penjuru di Parlimen P131 Rembau.

Ia antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pejuang serta Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Empat calon lain adalah Jufitri Johar dari PH, Mohd Nazree Mohd Yunus dari PN, Ramly Awaluddin dari Pejuang dan S. Tinagaran dari PSM.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau Muhamad Najib Mustapa mengumumkan nama calon yang bertanding pada jam 10.30 pagi tadi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Rembau.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di Parlimen P.131 Rembau.

Ini merupakan penampilan kali pertama Datuk Seri Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat bertanding di kerusi Parlimen serta merupakan langkah beliau untuk memainkan peranan di peringkat kebangsaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno merupakan penyandang Dun Rantau sejak tahun 2004.

Manakala kerusi Parlimen Rembau sebelum ini disandang Khairy Jamaluddin yang kini bertanding di Parlimen Sungai Buloh. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini