Tumpuan :
Nasional

‘Tindakan saman terhadap siapa yang fitnah saya’ – Hamzah

KOTA BHARU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa beliau tidak pernah culas daripada membayar cukai setiap tahun, malah telah berhabis ribuan ringgit untuk membayar konsultan bagi  tujuan itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PN menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang membuat tuduhan ke atasnya berhubung tidak membayar cukai dan penerimaan wang judi untuk pilihan raya.

Hamzah berkata, beliau ‘diserang’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyangka beliau menyimpan duit judi di pejabatnya.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan, wang berkenaan tidak ditemui. Saya nak maklum dengan nama Allah, saya tidak pernah mengambil duit judi dengan sesiapa pun, inikan pula untuk beri kepada rakan-rakan.

“Akhirnya bila tiada kes rasuah, ada pihak burukkan saya hingga terpaksa mencari masalah baru iaitu berkaitan LHDN, baru-baru ini.

“Baru-baru ini saya diserang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang datang ke rumah saya. Saya nak jelaskan, dulu saya seorang ahli perniagaan dan hanya menjadi Ahli Parlimen bermula 2008.

“Mereka sengaja mengeluarkan cerita mengatakan saya tidak membayar cukai,” katanya dalam ceramah sempena Pelancaran Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) peringkat Kelantan malam tadi.

​​​​​​Menurut Hamzah, beliau telah minta pegawainya mengumpul semua maklumat yang diperlukan sebelum tindakan saman diambil terhadap mereka yang memfitnahnya.

Media sebelum ini melaporkan, kediaman Hamzah di Damansara diserbu LHDN didakwa berkaitan cukai yang tidak dilaporkan.

Loading...
Terkini