![](https://media.buletintv3.my/2023/08/DAP-BENDERA.jpg)
KUALA LUMPUR: DAP sedang mendahului dengan selesa di negeri kubu kuatnya, di Pulau Pinang di semua 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam ini, DAP menang di DUN Bagan Jermal dengan meraih 19,364 undi atau 60 peratus, berbanding Perikatan Nasional (PN) dengan 3,406 undi (11 peratus).
DAP turut mengekalkan kerusi DUN parti itu dengan selesa di Berapit dengan 16,015 undi atau 60 peratus dan Padang Lalang, 20,420 undi (57 peratus).
DAP turut menang di DUN Jawi dengan 18,462 undi atau 51 peratus, Air Putih dengan 8,710 undi (57 peratus).
Begitu juga di Padang Kota, DAP menang dengan 7,811 undi atau 52 peratus dan Pengkalan Kota dengan 14,921 (70 peratus).
DAP juga secara tidak rasmi menang di DUN Komtar dengan 8,859 undi atau 57 peratus, Batu Lancang dengan 21,199 undi (65 peratus) dan Paya Terubong dengan 33,484 undi atau 54 peratus.