BENTONG: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.
Setakat jam 8.10 malam, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.
Dengan kemenangan itu, BN terus mengekalkan 17 kerusi DUN sama jumlah dengan PH manakala PN kekal dengan lapan kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).
PRK kerusi berkenaan diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, menyaksikan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka.
Mengikut data SPR memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lalu, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.
Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN-UMNO, dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR
- PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
- PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang
- PRK Pelangai: Peratusan mengundi PRK Pelangai 65% setakat jam 3 petang
- [VIDEO] PRK Pelangai, pusat pengundian ditutup, proses perjumlahan undi bermula
- PRK Pelangai: Keputusan dijangka diumum 9 malam ini
- Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan
- Tidak Rasmi : BN menang di DUN Pelangai, majoriti besar