comscore
Tumpuan :
Politik

Tak tunduk, terkesan atau kecewa – Khairy

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan, beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi.

Menerusi kenyataan ringkas di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

“Unbowed, unbent, unbroken’,” katanya di sini malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy dipecat daripada UMNO.

Kedua-dua mereka dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini