Oleh: Selwam Arjunan
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia dipilih Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu.
Pelantikan itu menandakan transisi kepimpinan DAP negeri yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selama 25 tahun.
Kon Yeow tidak bertanding dalam pemilihan DAP negeri kali ini bagi memberi laluan kepada barisan kepimpinan baharu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dipilih sebagai timbalan, menggantikan abangnya, Jagdeep Singh Deo yang juga Ahli Majis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Zairil Khir Johari dipilih bagi jawatan Naib Pengerusi kedua.
Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Kewangan dilantik Setiausaha DAP negeri.
Pemilihan dilakukan dalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Pulau Pinang, yang berlangsung, di sini, hari ini.
1466 perwakilan memilih 15 Ahli Jawatankuasa DAP negeri, yang kemudiannya bermesyuarat untuk melantik jawatan tertinggi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.