Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sidang media Pemilihan UMNO jam 2 petang ini

Oleh Syafiqah Damanhuri

PETALING JAYA: Pengumuman sidang media bagi Pemilihan UMNO 2023-2026 dijangka diadakan pada jam 2 petang ini dan bakal disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook dan YouTube Buletin TV3.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata setakat jam 1 petang ini masih terdapat 11 bahagian parti yang belum selesai proses pengiraan undian.

“Sebaik sahaja selesai pengiraan, sidang media akan diadakan selepas itu,” katanya ketika dihubungi wartawan Buletin TV3 pagi tadi.

Terdahulu 160,000 perwakilan daripada 189 bahagian UMNO di seluruh negara memilih Jawatankuasa Bahagian masing-masing serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu.

Tumpuan terarah kepada tiga jawatan Naib Presiden yang ditandingi 8 calon.

Setakat jam 12 tengah hari, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail mendahului dengan 117 undi.

la diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (107) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (96).

Loading...
Terkini