comscore
Tumpuan :
Politik

Siapa MB Terengganu?

Siapa MB Terengganu?

KUALA TERENGGANU: Setelah menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Pas Terengganu masih berteki-teki siapa bakal Menteri Besar yang akan mentadbir negeri itu.

Artikel berkaitan: https://www.buletintv3.my/nasional/keputusan-pilihan-raya-negeri-prn-2023-terengganu/

Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan sebelum ini memberi kenyataan, Pas mengekalkan kepimpinan sedia ada iaitu Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar.

Namun sehingga kini masih belum ada khabar dari Istana Terengganu, bila Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Terengganu akan dibuat.

Melalui ciapan Adun Wakaf Mempelam, Wan Sukhairi Wan Abdullah, Pas telah mengadakan perbincangan untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mendapat perkenan pelantikan Menteri Besar Terengganu untuk pembentukan kerajaan negeri.

“Ramai yang tanya bila akan dibentuk kerajaan negeri Terengganu”.

“PAS telah adakan perbincangan untuk mempersembahkan nama calon Menteri Besar kepada KDYMM Tuanku Sultan bagi mendapat perkenan pelantikan YAB Menteri Besar negeri Terengganu untuk pembentukan kerajaan negeri”, katanya.

Menurutnya, selesai pembentukan kerajaan negeri, ia akan disusuli pula dengan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Loading...
Terkini