Tumpuan :
Nasional

Saya tidak anti Kedah, walau dimaki setiap hari – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan kanan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ketika Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Baling.

Oleh Kumaran Rajamoney

BALING: Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah anti kepada negeri Kedah, meskipun berhadapan asakan dan maki hamun daripada pimpinan kerajaan negeri.

Buktinya, beliau telah memudahcara pelaburan bernilai 5 bilion euro daripada syarikat semikonduktor terbesar Jerman, Infineon Technologies di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech).

“Saya bawa bukan untuk kutip komisen untuk keluarga. Ini adalah usaha kerajaan persekutuan untuk rakyat negeri Kedah. Dua bulan lalu mereka (Infineon) mai jumpa saya dengan Tengku Zafrul (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bagi berbincang.

Kita sudah berbincang dan akhirnya putuskan untuk membawa pelaburan sebesar ini ke Kulim.”

Tambah Anwar, beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia.

Namun, beliau bagaimanapun tidak akan melayan individu yang bertindak mengkritik tanpa asas.

“Bincang elok-elok. Jangan setiap hari dia bagi (kritik), selepas itu kata dah tulis surat tiga kali Anwar tak jawab. Tak lapar (ingin) aku jawab. Sorry,” katanya ketika Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Kedah di sini, malam tadi.

Turut hadir, pimpinan kanan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Loading...
Terkini