Tumpuan :
Politik

‘Saya akan kekal di Selangor, sehingga akhir penggal’ – Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – FOTO: Fail NSTP

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan beliau akan kekal di negeri itu sehingga ke akhir penggal ini, demi menjamin kestabilan ekonomi dan Kerajaan Perpaduan.

Amirudin menerusi satu kenyataan berkata demikian berikutan pelbagai spekulasi yang menular ketika ini.

“Saya melihat pelbagai bentuk spekulasi yang menular dua tiga hari ini. Sebagaimana nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) kepada saya dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua.

“Saya akan kekal di Selangor sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan Kerajaan Perpaduan Selangor,” katanya menerusi kenyataan melalui aplikasi Whatsapp malam ini.

Sebelum ini media melaporkan dakwaan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, serta dakwaan bahawa Tengku Zafrul akan menerajui Selangor menggantikan Amirudin yang akan ke Kabinet.
— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini