Oleh: Selwam Arjunan
PERAI: Bekas Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.
Katanya, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan Pengerusi DAP Cawangan Taman Chai Leng kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada jam 8.24 pagi tadi.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy mengumumkan keluar dari DAP berkuat kuasa pada hari ini.
Beliau telah menghantar surat letak jawatan kepada Setiausaha Agung @dapmalaysia Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. @BuletinTV3 pic.twitter.com/pC7KTNhPP9
— Selwam Arjunan 🇲🇾 (@SelwamNewsMPB) August 10, 2023
Beliau juga telah menghantar surat peletakan jawatan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusinya, Chow Kon Yeow.
Bekas ADUN Perai selama tiga penggal itu membuat pengumuman di Pusat Khidmat Adun Perai di Taman Chai Leng, di sini, pagi tadi.
Berita lanjut menyusul.