comscore
Tumpuan :
Politik

“PRU15 Paling Sukar Buat Semua Parti” – Ku Li

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah pilihan raya paling sukar buat semua parti yang bertanding.

Beliau juga menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dalam PRU-15 nanti.

Ia susulan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini membuatkan PRU-15 adalah sesuatu yang sukar buat semua parti.

“Saya rasa PRU-15 adalah pilihan raya yang paling sukar dan saya tidak fikir ada satu parti pun yang mendapat majoriti mudah, tak boleh membentuk kerajaan.

“Saya rasa BN (Barisan Nasional) pun berada dalam keadaan begitu, apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapinya. Saya rasa kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Kuca Suro Merdeka, di Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, di sini, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, PRU-15 juga mungkin tidak akan membuahkan hasil yang baik memandangkan tidak ada satu parti pun yang mampu menubuhkan kerajaan.

“Jadi apa makna ada pilihan raya. Kita akan menambahkan masalah lebih daripada menyelesaikan masalah,” katanya. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini