KUALA LUMPUR: Parti Berjasa telah mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengarah Pilihan Raya Berjasa Ir Lukman Al-Hakim dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon-calon berkenaan telah melalui proses saringan bagi bertanding sebagai calon Berjasa.
“Berjasa konsisten dalam menonjolkan imej calon profesional selari dengan imej parti yang beragenda dan berwawasan.
“Calon-calon ini terdiri daripada ketua jabatan kementerian, doktor pakar, pensyarah universiti, tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan multinasional (MNC) serta beberapa teknokrat dan individu ternama yang lain,” katanya. – BERNAMA