comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: 4 Penyandang, 5 Muka Baharu Taruhan PKR di Kedah

 

Antara Calon Parlimen PKR di Kedah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: PKR mengumumkan 5 muka baharu bagi membarisi pencalonan kerusi Parlimen Kedah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antara yang mencuri tumpuan adalah pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Ooi Tze Min bagi kawasan Parlimen Alor Setar.

Tze Min yang merupakan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, menggantikan penyandang dari parti sama, Chan Ming Kai.

Di Parlimen Sungai Petani, PKR memilih Dr Mohammed Taufiq Johari yang merupakan anak kepada penyandang kerusi itu, Johari Abdul.

Calon muka baharu lain adalah Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali- Jerlun, yang dijangka bakal berhadapan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kini-Pejuang).

Mukhriz sebelum ini memenangi kerusi Jerlun dibawah lambang PKR.

Di Kubang Pasu, PKR mempertaruhkan Aizuddin Ariffin bagi merampas kerusi itu yang dimenangi Datuk Amiruddin Hamzah (Kini-Pejuang).

Di Pendang, PKR mencalonkan Bendahari Mobilasi Pusat, Zulkifly Mohamad.

PKR turut mengekalkan 4 penyandang iaitu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), Nor Azrina Surip (Merbok) dan Karupaiya Mutusami (Padang Serai).

Loading...
Terkini