comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-16: UMNO mahu letak calon di DUN Tenggaroh

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Mersing, pagi tadi.

MERSING: UMNO membayangkan akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dalam Parlimen Mersing pada pilihanraya umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan perkara itu berlaku.

“Insya Allah bukan saja di Endau kita akan Insya Allah rampas semula, tetapi kalau di Tenggaroh itulah niatnya, Saya akan ikhtiarkan agar kouta itu diberikan juga kepada wakil parti itu ditempat lainlah” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Mersing, pagi tadi.

Bagaimanapun beliau mahu UMNO bahagian Mersing bekerja keras bagi memastikan kemenangan DUN Tenggaroh kelak.

Pada pilihanraya umum yang lalu, UMNO tewas di DUN Endau kepada parti Bersatu.

Manakala DUN Tenggaroh dimenangi wakil dari MIC yang mewakili barisan Nasional (BN).

DUN Tenggaroh mempunyai 95 peratus pengundi orang Melayu. Bagaimananpun Calon MIC, Raven Kumar Krishnasamy kekal sebagai wakil rakyat dua penggal berturut-turut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini