comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Wan Azizah isytihar harta RM1.36 juta

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Penasihat PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisytiharkan aset miliknya bernilai kira-kira RM1.4 juta sehingga hari ini.

Terdahulu, suaminya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan asetnya kira-kira RM11.2 juta.

Menurut pengisytiharan yang dibuat Azizah, beliau mempunyai kira-kira RM1 juta wang tunai dan simpanan serta empat kenderaan bernilai RM360,000.

Beliau juga mengisytiharkan tidak mempunyai hartanah, barang kemas dan karya seni, hutang dan tidak membuat sebarang pelaburan.

Pengisytiharan aset itu dimuat naik di laman sesawang PKR yang memaparkan senarai semua calon Pilihan Raya Umum ke-15. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini