comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Wan Azizah berdepan saingan 3 penjuru di Parlimen Bandar Tun Razak

 

Calon PH bagi Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) di Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini 

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal berdepan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau bakal bertanding dengan dua pencabar dari Barisan Nasional (BN) Datuk Chew Yin Keen dan Perikatan Nasional (PN) Datuk Kamarudin Jaffar.

Ketika memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC), orang ramai menyaksikan gelagat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang tertinggal kad pengenalan, mencetuskan gelak tawa sekitar 200 penyokongnya.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Bandar Tun Razak, Mohamad Amin berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses keseluruhan penamaan calon.

Tiada sebarang borang penamaan ditolak selepas membuat penelitian rapi ke atas semua dokumen calon yang diterima.

Loading...
Terkini