TAPAH: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mengekalkan kerusi Parlimen Tapah untuk penggal keempat selepas meraih majoriti 5,064 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah itu meraih undi 18,398 undi dalam saingan enam penjuru .
Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), K Saraswathy (13,334), calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad (12,115); calon Pejuang, Mior Nor Haidir Suhaimi (335), calon WARISAN, Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin (200) dan calon Bebas, M Kathiravan (99).