KOTA BHARU: Calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengekalkan kemenangan kerusi dengan majoriti 22,613 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan, sebentar tadi.
Beliau memperoleh 41,869 undi sekali gus menewaskan calon parti lain melalui 201 peti undi di Parlimen berkenaan
Kemenangan PAS diikuti dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Hafidzah Mustakim, Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Rosmadi Ismail,diikuti calon PUTRA, Prof Datuk Dr Che Musa Che Omar serta Parti Rakyat Malaysia (PRM) Andy Tan @ Awang dan calon bebas, Izat Bukhary.
Peratus undian di Parlimen Kota Bharu adalah sebanyak 68.45 peratus.
Pada PRU-14 sebelum ini, Takiyuddin menang majoriti 5,869 undi menewaskan BN dan PKR.