Tumpuan :
Politik

PRU-15: Syed Saddiq sah bertanding Parlimen Muar

MUAR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal bertanding di kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pencalonan itu diumumkan Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd Aziz di sebuah hotel di sini, malam ini.

Menurut Amira Aisha, pengumuman calon sacara fizikal pada malam ini adalah pengumuman yang terakhir diadakan dan selepas ini akan fokus kepada gerak kerja yang seterusnya.

“Pada hari esok MUDA akan melancarkan bilik gerakan dan jentera di Tanjung Piai, Tanjung Karang dan tempat-tempat lain yang MUDA akan bertanding.

“Hari pernamaan calon sudah hampir, jadi kita akan berfokus untuk turun ke lapangan secepat mungkin berjumpa dengan seberapa ramai rakyat dan mempromosikan calon-calon MUDA yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon Kerusi Parlimen Muar dan Penyerahan Watikah Pencalonan di Hotel Muarar 99,dekat sini, hari ini.

Katanya, MUDA masih ada lagi satu calon untuk ditampilkan dan akan diumumkan dan diberikan kenyataan media pada hari esok.

Loading...
Terkini