KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ia antara 10 langkah utama perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini.
Larangan itu terkandung dalam maklumat grafik yang dikongsi dan dimuat naik dalam platform sosial media SPR, baru-baru ini.
Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.
Bulan lalu, Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa SPR mengharamkan telefon bimbit di dalam pusat mengundi, demi menjaga hak dan privasi pengundi serta mencegah rasuah.
Katanya, sesetengah parti politik membayar pengundi untuk mengundi mereka, dengan syarat diberikan sebagai bukti. – BULETIN TV3