comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Rusuhan Tenom, Presiden KDM, Peter Anthony ditahan

Pasukan polis dibantu RELA cuba menghalang kemaraan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) yang bertindak agresif setelah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak borang pencalonan Datuk Peter Anthony untuk bertanding dikerusi P.181 Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom semalam.

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditahan 12 tengah malam tadi susulan insiden rusuhan semasa Penamaan Calon di P.181 Tenom, Sabah semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, tangkapan dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Balai Karamunsing, di sini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, Datuk Peter kemudian dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis selepas proses siasatan, rakaman percakapan serta dokumentasi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Untuk rekod, setakat ini polis turut menerima satu laporan polis pada tarikh sama insiden itu berlaku.

Polis telah menjalankan siasatan dan kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 / Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Semalam, insiden rusuhan yang didakwa berlaku ekoran pencalonan Presiden parti KDM, Datuk Peter ditolak bagi Parlimen Tenom.

Sebelum itu, kekecohan berlaku di pekarangan pusat pencalonan di Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Antanom oleh penyokong KDM sehingga menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dipercayai terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Kejadian turut dirakam sebelum videonya tular di media sosial. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini