comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Radzi Jidin pecah dominasi 4 penggal Ku Nan di Putrajaya

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berjaya memecahkan dominasi 18 tahun atau empat penggal berturut-turut calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,310.

Naib Presiden BERSATU itu mendapat 16,002 undi berbanding 13,692 undi diperolehi Bendahari UMNO berkenaan.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz pula mendapat 5,988 undi.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Mohd Rosli Ramli mendapat 878 undi manakala dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee masing-masing sekadar mendapat 63 dan 20 undi.

Dengan bilangan undi kurang satu perlapan daripada jumlah undi yang diterima, ketiga-tiga calon terbabit hilang deposit.

Tengku Adnan adalah penyandang kerusi Parlimen Putrajaya sejak kerusi itu pertama kali dipertandingkan pada 2004.

Pada PRU-14, Tengku Adnan mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat penggal keempat apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

Loading...
Terkini