Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pusat Penamaan Calon Parlimen Tambun jadi tumpuan

Oleh Syafiqah Damanhuri

IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan PH Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Tambun jam 8.58 pagi tadi.

Manakala Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula tiba pada jam 9.00.

 

Calon Barisan Nasional BN Datuk Aminuddin Md Hanafiah pula tiba lebih awal iaitu jam 8.50 pagi.

Ketiga tiga mereka hadir bersama 2 lagi calon kerusi Dewan Undangan Negeri DUN diiringi pencadang dan penyokong calon.

Calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir tiba jam 9.13 pagi.

Lebih 1,500 penyokong hadir dengan sorakan, paluan gendang dan kompang serta takbir mengiringi perarakan calon-calon berkenaan.

Sebelum itu penghadang jalan dipasang di setiap simpang Jalan Hala Jeti Meru 12 oleh pihak berkuasa di Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

Hanya individu yang memakai pas rasmi SPR dibenarkan melalui penghadang.

Di Perak, Parlimen Tambun, Bagan Datuk dan Larut dikenal pasti sebagai kawasan kerusi panas bagi PRU-15.- BULETIN TV3

Loading...
Terkini