Oleh: Selwam Arjunan
KEPALA BATAS: Pusat Penamaan Calon Parlimen Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas bergelap seketika apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, bekalan elektrik dapat dipulihkan semula segera dalam masa dua minit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi, menyebabkan petugas SPR segera mencari bekalan generator untuk memulihkan bekalan.
Ketika insiden berlaku, kesemua calon telah selesai menyerahkan borang pencalonan dan menanti dalam dewan sementara menunggu pengumuman rasmi SPR.
Justeru ia tidak mengganggu proses penamaan calon yang ditutup pada jam 10 pagi.