![](https://media.buletintv3.my/2022/11/8ba94d47-3cae-48be-8a20-bf3917a84c9f.jpeg)
Oleh: Selwam Arjunan
KEPALA BATAS: Pakatan Harapan (PH) mendahului 11 daripada 13 kerusi Parlimen di negeri berkenaan, manakala Perikatan Nasional (PN) melakukan kejutan dengan mendahului 2 kerusi.
PN mendahului di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor, yang merupakan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Kepala Batas merupakan kerusi penyandang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Setakat jam 10.30 malam,, beliau ketinggalan lebih 2000 undi berbanding calon PN, Dr Siti Masturah Muhammad.
![](https://media.buletintv3.my/2022/11/WAN-SAIFUL-WAN-JAN.jpg)
Manakala di Parlimen Tasek Gelugor, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendahului dengan lebih 4000 ribu undi berbanding calon BN, Datuk Muhammad Yusoff Md Noor.