Tumpuan :
Politik

PRU-15: Proses penamaan calon jadi tumpuan hari ini

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bermula 9 hingga 10 pagi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis dipertandingkan.

Turut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Enam negeri masing-masing tiga di bawah Pakatan Harapan iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta tiga negeri di bawah Perikatan Nasional iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN.

Sabah, Melaka dan Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional tidak membubarkan DUN masing-masing kerana tidak mencapai tempoh matang selepas pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 2020-2022.

Manakala Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya negeri pada Disember tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov.

Pada PRU kali ini seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara, layak mengundi.

Situasi terkini bagi proses penamaan calon hari ini

Calon Pejuang, Mohd Akmal Mohd Yusof menjadi calon kedua yang tiba di Pusat Penamaan Calon P.107 Sungai Buloh, Dewan Kenanga pada jam 8.35 pagi.
Calon Pakatan Harapan, R. Ramanan tiba di Pusat Penamaan Calon P.107 Sungai Buloh, Dewan Kenanga pada jam 8.45 pagi.
calon Barisan Nasional BN, Khairy Jamaluddin tiba di Dewan Kenanga Pejabat Kerajaan Daerah Petaling yang menjadi Pusat Penamaan Calon P.107 Sungai Buloh, jam 8.50 pagi.
Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di Pusat Penamaan Calon P.007 tepat jam 8.40 pagi tadi. Beliau diiringi ratusan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam perarakan dari Pejabat UMNO Padang Terap ke pusat berkenaan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.
Laungan ‘hidup Tok Mat’ bergema mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan yang tiba di Dewan Seri Rembau pada jam 8.50 pagi. Ibarat lautan biru dianggarkan seramai 1000 penyokong hadir. Beliau hadir ditemani isterinyq Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin. Manakala pencadang Hamdan Md. Nor dan penyokong, Mohamad Yazid Jabbar.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P004 Langkawi, Datuk Arminshah Siraj tiba di perkarangan pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada jam 8.37 pagi.
Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perkarangan pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada jam 8.41 pagi.
Calon bebas Datuk Abd Kadir Sainudin tiba di perkarangan pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada jam 8.55 pagi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya tiba di perkarangan pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada jam 9.04 pagi.
Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Suhaimi Abdullah tiba di perkarangan pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada jam 9 pagi.
Calon dan penyokong Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ke Pusat Penamaan P.096 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada jam 8.45 pagi. Calon BN Datuk Seri Tengku Zafrul dilihat bersama isterinya, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Calon Pakatan Harapan dan juga penyandang kerusi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan penyokongnya serta penyokong Pejuang Mohd Shaid Rosli.
Calon BN P115 Batu; Datuk Kohilan Pillay berarak Ke tempat Penamaan Calon di SMK Sentul Utama bersama para penyokongnya. Nama beliau selaku calon BN Batu akan dicadangkan, Pengerusi War Room BN P115 Parlimen Batu WP, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan akan disokong, Dr Pala Kumaran. Bagi pergerakan kempen, Datuk Kohillan dijangka bertemu penduduk setempat dan berucap di Dataran Seri Perak sekitar jam 10 pagi.
Calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berarak bersama penyokong ke pusat penamaan calon pusat komuniti Bukit Bandaraya, sekitar jam 8.45 pagi. Fahmi dijangka berentap dengan calon PAS, Fauzi Abu Bakar dan Noor Asmah Mohd Razalli daripada Gerakan Tanah Air (GTA) serta calon BN, Datuk Ramlan Askolani.
Azwan Ali tiba di sekitar pusat penamaan calon bagi Parlimen Gombak di SMK Sungai Pusu kira-kira jam 8.30 pagi.

 

 

Loading...
Terkini