Tumpuan :
Politik

PRU-15 Polis Johor puji sikap profesional calon dan penyokong pada hari penamaan calon

Calon PN Parlimen Pagoh (P143), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyerahkan borang percalonan di Pagoh, Muar Johor. – Foto: NSTP

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis Johor memuji sikap profesional calon dan penyokong yang mengambil bahagian pada hari penamaan calon hari ini.

Menurut Jurucakap Polis Johor, Superitanden Ibrahim Mat Som, proses penamaan calon di 26 kawasan parlimen seluruh Johor berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam satu kenyataan beliau menambah, secara keseluruhan tahap keselamatan pada masa proses penamaan calon adalah terkawal.

Justeru Polis Johor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak agensi yang telah menjayakan proses penamaan calon dengan mematuhi peraturan dan undang-undang sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Beliau berharap semua pihak yang bertanding turut mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang tempoh berkempen bermula malam ini hingga trngah malam 18 November ini.

SPR Johor mengesahkan menerima pencalonan daripada 96 calon yang mewakili pelbagai parti akan beradu nasib di 26 kawasan parlimen Johor paa 19 November ini.

Loading...
Terkini