comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PKR buat laporan polis, fail petisyen jika Muhyiddin menang

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan), Rafizi Ramli. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: PKR akan membuat laporan polis dan memfailkan petisyen mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan membawa ancaman kepada ketenteraman awam.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata tindakan itu akan diambil susulan satu video ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial ketika tempoh berkempen, yang didakwa mengaitkan pembangkang dengan agenda Yahudi.

“Ketua Angkatan Muda (PKR), Adam Adli akan membuat laporan polis supaya siasatan dibuka terhadap Tan Sri Muhyiddin.

“Apa pun keputusan pilihan raya di Pagoh, PKR akan memfailkan petisyen jika beliau menang kerana jelas berlaku pelanggaran Akta Pilihan Raya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini