comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pertembungan tiga penjuru di Kerusi Parlimen Petra Jaya.

Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga dari kiri) tiba di perkarangan pusat penamaan di Dewan Muneerah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya pada jam 8.50 pagi.

PETRA JAYA: Perebutan bagi Kerusi Parlimen Petra Jaya bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), calon dari Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas dari parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagi Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di perkarangan pusat penamaan di Dewan Muneerah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya pada jam 8.50 pagi.

 

Beliau disusuli calon bebas dari Parti SEDAR, Othman Abdillah yang tiba lima minit kemudian iaitu pada jam 8.55 pagi.

Manakala calon PH, Sophian Julaihi menjadi calon pertama tiba di perkarangan Pusat penamaan calon di Dewan Muneerah SMK Petra Jaya iaitu sekitar jam 8.40 pagi. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini