Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Pertembungan enam penjuru di Parlimen Padang Serai

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kawasan parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan 6 penjuru, dengan calon Pakatan Harapan (PH) menghantar borang pencalonan pada hari ini.

PH menamakan Dr. Mohamad Sofee Razak sebagai calonnya.
Dr Mohamed Sofee hadir di Kompleks Sukan Hi-Tech Kulim dan menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.05 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah mengumumkan pencalonan calon PH itu diterima selepas proses penamaan ditutup jam 10 pagi.

Kesemua enam calon kemudian melakukan cabutan semula nombor bagi penempatan nama dalam kertas undi.

Calon PH akan berhadapan calon Barisan Nasional, Datuk Sivarraajh Chandran, Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional),  Hamzah Abdul Rahman(Pejuang), Mohd Bakri Hashim (Warisan), and Sreanandha Rao (Bebas).

Untuk rekod, penangguhan PRU-15 kawasan parlimen Padang Serai dilakukan susulan kematian calon PH, mendiang Karupaiya Mutusami pada 16 November lalu.

Calon-calon PRU-15 layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon pada 24 November ini, bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan semula giliran pada kertas undi.

Susulan itu, penamaan calon ditetapkan pada hari ini (24 November), diikuti undi awal (3 Disember) dan hari pengundian (7 Disember).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada 18 November 2022 (Jumaat) dan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa).

Loading...
Terkini