comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pertembungan 8 Penjuru di Parlimen Kota Raja

Oleh: Juliana Pija Ismail

KOTA KEMUNING: Parlimen P111 Kota Raja bakal menyaksikan pertembungan lapan penjuru antara empat parti utama dan calon bebas.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja dari Pakatan Harapan Muhammad Sabu yang juga presiden Amanah bakal dicabar calon Barisan Nasional, Kajendran Doraisamy, calon Perikatan Nasional, Mohamed Diah Baharun dan calon Gerakan Tanah Air, Fahmi Bazlan Muda.

Turut memberikan saingan, tiga calon bebas Surendhar Selvaraju, P. Raveentharan A. Periasamy dan Kumar Karananedi.

Kesemua tujuh calon itu turut akan dicabar oleh satu-satunya calon wanita dari Parti Rakyat Malaysia, Sarah Atiqah Zainal Arif.

Lebih 800 penyokong hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing di Dewan MBSA Kemuning Utama, Shah Alam sejak jam 8 pagi tadi.

Loading...
Terkini