Tumpuan :
Politik

PRU-15: Persiapan di Pusat Penamaan Calon siap sepenuhnya

Petugas Pusat Penamaan Calon P.120 Bukit Bintang membuat persiapan untuk hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Kuala Lumpur. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Persiapan di Pusat Penamaan Calon (PPC) sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok berjalan lancar.

Pembantu Pilihan Raya Pentadbiran P.120, Muhamad Haziq Zikri Zainuddin berkata persiapan di Pusat Penamaan Calon SMK Victoria Institution, Bukit Bintang telah siap sepenuhnya.

“Mengenai keselamatan PPC pula, semuanya terletak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. Mereka yang akan mengawal dan memastikan ketenteraman di kawasan PPC esok.

“Pergerakan calon-calon akan mengikut arahan daripada pihak polis kerana ia juga termasuk di bawah keselamatan.

Petugas SPR membuat persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon P003 Arau menjelang hari penamaan calon sempena PRU 15 di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. FOTO: NSTP

“Petugas di PPC ditentukan oleh Pegawai Pengurus (RO) dan juga Pejabat Tanah di mana melibatkan seramai 78 orang termasuk kerani undi pos tetapi pada hari penamaan calon kerani undi pos tidak akan berada di sini,” katanya.

Tambahan, bakal calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen (P120) Bukit Bintang ialah Chen Win Keong manakala, calon Barisan Nasional (BN) pula ialah Tan Teik Peng.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, boleh dikemukakan dari 9 sehingga 10 pagi.

“Kertas penamaan calon itu perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di 222 pusat penamaan calon PPC yang telah ditetapkan,” katanya.

Loading...
Terkini