Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah
Kuala Nerus: Kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff, mengiringi calon Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ke Pusat Penamaan Calon menamatkan spekulasi BN Kuala Nerus dilanda krisis.
Masing-masing hadir sebagai Pencadang Penyokong kepada Datuk Khairuddin Aman Razali.
Calon BN Kuala Nerus itu hadir ke pusat penamaan jam 9.00 pagi tadi berarak bersama lebih 1000 penyokong BN.
Sementara itu, Calon Pas, Datuk Dr.Alias Razak turut tiba pada waktu yang sama.
Diikuti Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Suhaimi Hashim, Calon Pejuang Azaha Wahid.
Setakat ini Kerusi Parlimen Kuala Nerus bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dan proses penamaan masih berjalan. – BULETIN TV3