MARANG: PAS Terengganu baru sahaja mengumumkan calon Kerusi Parlimen yang akan bertanding di PRU-15.
Berikut calon-calan PAS Terengganu:
P.038 Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol wahid
P.040 Parlimen Kemaman – Ust Alias Hamid (Penyandang)
P.033 Besut : Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh
P.039 Parlimen Dungun – Wan Hassan Mohd Ramli (Penyandang)
P.034 Ust Zukirnain Ab Kadir (Penyandang)
P.036 Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad @ Hashim (penyandang)
P.035 Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak (Adun Bukit Tunggal)
P.037 Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengumuman nama calon berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu diumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Di majlis yang sama, Presiden PAS turut membuat kejutan dengan mengumumkan calon Perikatan Nasional yang akan bertanding di Kerusi Parlimen Maran (P.086) Datuk Ismail Abdul Mutalib, dan Datuk Seri Shahidan Kassim dicalonkan di kerusi Parlimen Arau (P.033).