Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ong Tee Keat bertanding atas tiket Warisan di Pandan

Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (kanan) dan Wee Chee Keong.

AMPANG: Warisan akan bertanding di 26 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), termasuk meletakkan bekas presiden MCA Ong Tee Keat di Pandan.

Selain itu, bekas wakil rakyat yang pernah menang atas tiket DAP dan PKR, Wee Chee Keong, turut dinamakan Warisan sebagai wakilnya untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju.

Wee adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang untuk DAP dari 1990 hingga 2004, dan Ahli Parlimen Wangsa Maju PKR dari 2008 hingga 2013.

Pengumuman calon itu dibuat oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Loading...
Terkini