comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Munirah ditentang Rahman Dahlan di Kota Belud

Pengawai Pengurus PRU-15 P.169 Kota Belud, Peter Jonu Moinjil (kiri) memperkenalkan tiga calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud.

Oleh Safwan Sawi

KOTA BELUD: Kerusi Parlimen P.169 Kota Belud mencuri tumpuan menerusi penyandangnya berdepan bekas penyandang dua penggal kawasan itu, Isnaraissah Munirah Majilis dari parti Warisan dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional (BN).

Beliau yang bertanding buat kali kedua berdepan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertanding dalam tiga penjuru yang turut menampilkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah Pakatan Harapan (PH).

Bertempat di Pusat Penamaan Calon, Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi, Datuk Seri Abdul Rahman dari parti BN.

Diikuti calon dari Warisan, Isnaraissah Munirah pada jam 9.10 pagi dan calon dari PH, Madeli Modily Bangali, 9.28 pagi buat pertama kali yang juga calon muka baharu bertanding di gelanggang PRU.

Pengumuman rasmi dibuat di luar perkarangan Pusat Penamaan Calon pada 11.00 pagi oleh Pengawai Pengurus PRU-15 P.169 Kota Belud, Peter Jonu Moinjil.

Parlimen Kota Belud menyaksikan saingan sengit apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rahman (BN) bertekad mahu merampas semula kerusi terbabit selepas beliau tewas pada PRU-14 kepada calon Parti Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, di kerusi Parlimen Sepanggar.

Pada PRU-14 lalu Parlimen P.169 Kota Belud dimenangi Munirah (Warisan) dengan majoriti undi 4,262 dalam gelanggang emapt penjuru yang ditentang Datuk Seri Salleh Said Keruak (BN) termasuk calon dari Parti Harapan Rakyat Sabah dan PAS. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini