comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Menteri Besar Perlis dicabar 5 calon di DUN Bintong

Oleh: Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berdepan dengan lima pencabar di kerusi DUN Bintong pada PRU-15.

Beliau akan berdepan dengan pencabar utama iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Azhari Ahmad.

Empat lagi pencabar ialah calon Perikatan Nasional (PN), Fakhrul Anwar Ismail; calon PEJUANG, Shazwan Suban; calon Warisan, Mohd Khair Mohd Noor dan calon Bebas, Datuk Hashim Suboh.

Perkara itu diumumkan Pengurus Pusat Penamaan Calon P002, Ismasuhaimi Shariff pada jam 12.18 tengah hari tadi selepas proses pencalonan ditutup jam 10 pagi.

Kerusi Dun Bintong merupakan antara lima kawasan DUN yang terletak dalam Parlimen Kangar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis itu sebelum ini memenangi kerusi tersebut dalam pertembungan 3 penjuru dengan majoriti 847 undi pada PRU14 lalu.-BULETIN TV3

Loading...
Terkini