Oleh Juliana Ismail
KOTA KEMUNING: Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu ‘koyak’ apabila diejek oleh penyokong Barisan Nasional (BN).
Calon Pakatan Harapan itu dilihat bertengkar dengan penyokong parti itu selepas selesai pengumuman penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan MBSA Kemuning Utama.
Pergaduhan mulut itu bagaimanapun berjaya diredakan setelah Presiden Amanah itu diringi pihak berkuasa untuk masuk semula ke dalam dewan penamaan.
@buletintv3 Calon PH, Mat Sabu ‘koyak’ terima provokasi penyokong lawan #BeritaDiTikTok #MatSabu #PRU15
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dicabar D. Kajendran (Barisan Nasional), Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Fahmi Bazlan Muda (PEJUANG) dan Sarah Afiqah Zainol (Parti Rakyat Malaysia).
Turut mencabar Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu adalah tiga calon bebas yang masing- masing adalah P. Raveentharan, S. Surendhar dan K. Kumar. – BULETIN TV3