Oleh Baharuddin Mohamed
ALOR GAJAH: Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjadi calon pertama diumumkan parti Perikatan Nasional (PN) bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengumuman dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah Jelajah Prihatin Parlimen Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah malam tadi.
“(Calon lain) kita dah hampir selesailah semuanya, jadi Majlis PN dah buat keputusan dia (calon) akan diumumkan oleh Ketua PN di negeri masing-masing beberapa hari sebelum penamaan calon cuma yang ini tadi saya buat seorang sahaja (umum Mas Ermieyati)”
Menurut Tan Sri Muhyiddin, jentera pilihan raya PN akan berusaha kuat untuk memastikan Parlimen Masjid Tanah kekal milik parti itu.
“Berdasarkan rekod prestasi dan dia pun telah jaga kawasan dengan baik, orang lama banyak pengalaman dalam kerajaan dia punya profil pun bagus jadi bagi saya dia yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Mas Ermieyati berterima kasih atas kepercayaan yang diberi.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas pencalonan ini dan InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik bersama seluruh pasukan PN bagi memastikan pastikan kemenangan di kerusi Masjid Tanah,” katanya.
Pada PRU-14, Mas Ermieyati menang kerusi itu dengan majoriti undi lebih 8,000 atas tiket UMNO/Barisan Nasional sebelum keluar UMNO pada hujung 2018.
Politik
PRU-15: Mas Ermieyati Calon Pertama Diumum PN
Loading...
Terkini