Tumpuan :
Politik

PRU-15 : Mantan Pengarah JKR Kedah Umum Bertanding

| Oleh Kumaran Rajamoney

Mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Datuk Dr Nordin Yunus.

ALOR SETAR : Mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Datuk Dr Nordin Yunus mengumumkan mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercayai atas tiket bebas.

Dalam satu kenayataan, Dr Nordin menjelaskan mahu menjadi calon bagi kawasan Parlimen P009 Alor Setar, di Kedah.

Beliau yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah sebelum PRU-14, yakin mampu memberikan khidmat pembangunan kepada rakyat di kawasan parlimen itu.

“Saya adalah anak kelahiran Kedah dan bermastautin di Alor Setar Kedah. Saya berkhidmat sebagai Pengarah JKR Negeri Kedah pada tahun 1996 hingga 2003. Saya telah menyumbang hampir 30 tahun perkhidmatan dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia dan kerajaan Malaysia.

“Dengan NGO, saya adalah Naib Yang DiPertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah. Dengan pendidikan dan pengalaman yang telah saya terokai, saya mampu memberi perkhidmatan, pemikiran serta peranan untuk pembangunan fizikal dan sosial kepada pengundi kawasan Alor Setar demi kesejahteraan rakyat di negeri Kedah Darul Aman,” katanya.

Dr Nordin yang berkelulusan PhD dalam Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri, USA pernah berkhidmat sebagai Profesor Kejuruteraan di Universiti Malaysia Perlis.

Dalam bidang korporat, beliau merupakan bekas Naib Presiden Kanan, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER).

Loading...
Terkini