SHAH ALAM: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke – 15 (PRU-15) Parlimen Kota Raja menyaksikan pertembungan lapan penjuru termasuk tiga calon Bebas.
Pertembungan itu turut menyaksikan penyandang kerusi yang juga Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tampil untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU-14.
Mohamad menjadi calon terawal yang tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 32 pada jam 8.35 pagi sebelum diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohamed Diah Baharun.
Ia kemudian disusuli calon Barisan Nasional (BN), D Kajendran, P Raveentharan (Bebas); S Surendhar (Bebas); K Kumar (Bebas) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Sarah Afiqah Zainol Arif. – BERITA HARIAN