Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kota Tinggi saksi pertandingan tiga penjuru

Oleh Raja Nurul Antasha Raha Zaman

KOTA TINGGI: Kerusi Parlimen P156 Kota Tinggi menyaksikan pertandingan 3 penjuru pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU -15).

Pengumuman rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Datin Paduka Hazlina Jalil mengesahkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dicabar calon Perikatan Nasional, Mohamad Ridhwan Rasman dan calon Pakatan Harapan, Onn Jaafar.

Pengumuman dibuat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi kira-kira jam 10.28 pagi.

Sebelum itu, Datuk Seri Mohamed Khaled tiba serentak dengan calon Perikatan Nasional pada jam 9 pagi dengan diiringi penyokong masing-masing.

Manakala calon Pakatan Harapan tiba di Pusat Penamaan Calon pada jam 9.10 pagi tanpa kehadiran penyokong.

Kesemua calon menyerahkan borang masing-masing dalam tempoh kurang sejam selepas proses penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi.

Suasana di Padang Awam Bukit Kerajaan yang terletak di hadapan Pusat Penamaan Calon Parlimen Kota Tinggi mulai riuh dengan balasan sorakan penyokong sementara menunggu proses semakan borang calon.

Walaupun cuaca hujan, penyokong ketiga-tiga parti bertanding tetap menunggu pengumaman rasmi tanda sokongan kepada calon bertanding. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini