Tumpuan :
Politik

PRU-15: KJ boleh menang mudah di Sungai Buloh -Tok Mat

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Berikutan sambutan luar biasa diterima Khairy Jamaluddin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin Khairy bukan sekadar menang mudah tetapi memperoleh kemenangan selesa.

Malah beliau berpendapat langkah BN meletakkan Khairy di Sungai Buloh adalah tepat untuk merampas kerusi berkenaan dari Pakatan Harapan (PH).

“Sebelum ini undi di Sungai Buloh itu banyak diperoleh calon lain kerana banyak undi sabotaj…itu sebabnya BN mendapat tempat ketiga,PAS mendapat tempat kedua ..dimana banyak pengundi yang merosakkan undi mereka,”

“Saya yakin apa yang orang Sungai Buloh tunggu dan mahukan untuk mendapat pemimpin yang bagus mewakili mereka sudah dipenuhi,”

“KJ akan dapat kemenangan bukan sahaja mudah tapi kemenangan yang amat selesa di sungai buloh..InsyaAllah,” katanya kepada Buletin TV3

Beliau berkata kemampuan Khairy untuk memenangi kerusi berkenaan dapat dilihat melalui penerimaan pengundi termasuk jentera pilihan rayanya.

Malah kawasan yang terdiri daripada 70 peratus orang melayu itu memerlukan pemimpin berkaliber seperti Khairy untuk memperjuangkan nasib mereka.

Sebelum ini, Khairy yang juga Menteri Kesihatan memberikan laluan tempatnya kepada Datuk Seri Mohamad Hassan untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Loading...
Terkini