Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ketiadaan Shahidan, Zahidi tidak gugat BN

Datuk Seri Azlan Man bersama calon BN Perlis yang bakal bertanding pada PRU-15.

Oleh: Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Ketiadaan dua tokoh politik Barisan Nasional (BN) iaitu penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak akan menggugat kestabilan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, perubahan calon bertanding pada mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen adalah perkara biasa.

“Bukan hanya berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional, semua parti lalui proses yang sama iaitu ada yang pergi dan datang. Yang pergi digantikan dengan pemimpin lebih muda.

“Jadi (saya) fikir proses penggantian calon-calon dalam pilihan raya ini bukan hanya berlaku kali ini saja di Perlis, ia berlaku setiap kali pilihan raya diadakan. Itu proses biasa, bukannya tidak dilakukan oleh parti lain,” katanya ketika mengumumkan calon BN Perlis di Kompleks DUN di Kangar, lewat malam tadi.

Mengulas mengenai hasrat Datuk Seri Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau menentang calon BN menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN), beliau tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.

“Keputusan untuk sesiapa saja bertanding atas mana-mana tiket adalah dibuat atas individu itu sendiri.

“Bukan hanya dua (atau) tiga penjuru malah mungkin lima penjuru sekalipun, UMNO dan BN mempunyai ‘track record’ yang baik dan itu dapat dinilai apabila BN dipilih selama lebih 60 tahun untuk memimpin negara,” katanya.

Sementara itu, nasib Shahidan berbeza dengan adiknya Datuk Ismail Kassim yang kekal bersaing di DUN Tambun pada PRU-15.

Datuk Ismail Kassim ialah antara 10 penyandang dipertaruhkan sebagai calon bersama lima lagi muka baharu yang bakal membawa cabaran BN bertanding di 15 kerusi DUN di Perlis.

Dibawah ialah senarai calon BN Perlis pada PRU-15:

P001 PADANG BESAR

– Datuk Zahida Zarik Khan (UMNO)

N01 TITI TINGGI

– Teh Chai Aan (MCA)

N02 BESERI

– Ruzaini Rais (UMNO)

N03 CHUPING

– Asmaiza Ahmad (UMNO)

N04 MATA AYER

– Siti Berenee Yahya (UMNO)

N05 SANTAN

– Azizan Sulaiman (UMNO)

P002 KANGAR

– Datuk Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)

N06 BINTONG

– Datuk Seri Azlan Man (UMNO)

N07 SENA

– Saiful Daniel Mohd Yusof (UMNO)

N08 INDERA KAYANGAN

– Lim Weng Kee (MCA)

N09 KUALA PERLIS

– Kamaruddin Malik (UMNO)

N10 KAYANG

– Hamizan Hassan (UMNO)

P003 ARAU

– Datuk Rozabil Abd Rahman (UMNO)

N11 PAUH

– Syed Atief Syed Abu Bakar (UMNO)

N12 TAMBUN TULANG

– Datuk Ismail Kassim (UMNO)

N13 GUAR SANJI

– Rozieana Ahmad (UMNO)

N14 SIMPANG EMPAT

– Nurulhisham Yaakob (UMNO)

N15 SANGLANG

– Sharipudin Ahmad (UMNO

Loading...
Terkini